Thursday, April 3, 2008

DOA PENDAHULUAN

Bismillaahir rahmaa nirrahim.....

''Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Jadikanlah Blogs ini Sebagai Hidayah Kepada Semua Umat Islam

''Ya Allah Jadikanlah Blogs ini Sebagai Hidayah Kepada Semua Umat Islam

''Ya Allah Jadikanlah Blogs ini Sebagai Hidayah Kepada Semua Umat Islam

''Ya Allah Berikanlah Taufiq dan Hidayah Kepadaku dan juga Kepada kedua Ibu dan bapaku semua kuluargaku dan semua pembaca Artikel ini iaitu semua Umat Baginda Saulaulahu 'alaihi wasalam.
Amiin Ya Rabbil'Alamin.

Read More......

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.



Khutbah ini disampaikan pada 9hb.Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Di Namira, sebuah desa sebelah timur 'Arafat, telah pula dipasang sebuah kemah buat Baginda Nabi s.a.w, atas permintaannya. Bila matahari sudah tergelincir, dimintanya untanya al-Qashwa, dan ia berangkat lagi sampai di perut wadi di bilangan ''Urana. Di tempat itulah manusia dipanggilnya, sambil ia masih di atas unta, dengan suara lantang; tapi sungguhpun begitu masih diulang oleh Rabi'a b. Umayya b. Khalaf. Setelah mengucapkan syukur dan puji kepada Allah s.w.t. dengan berhenti pada setiap anak kalimat ia berkata,

''Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

''Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah s.w.t. telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

''Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

''Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

''Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kemu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahwa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

''Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu...

Setelah sampai pada penutup kata-katanya itu ia berkata lagi:

''Ya Allah! Sudahkah kusampaikan?!''

Maka serentak dari segenap penjuru orang menjawab" ''Ya!''

Abu Bakar ketika mendengarkan ayat itu ia menangis, ia merasa, bahawa risalah Nabi SAW sudah selesai dan sudah dekat pula saatnya Nabi SAW hendak menghadap Tuhan.

Setelah meninggalkan Arafah malam itu Nabi SAW bermalam di Muzdalifa. Pagi-pagi ia bangun dan turun ke Masy'ar'l-Haram. Kemudian ia pergi ke Mina dan dalam perjalanan itu ia melemparkan batu-batu kerikil. Bila sudah sampai di kemah ia menyembelih 63 ekor unta, setiap seekor unta untuk satu tahun umurnya, dan yang selebihnya dari jumlah seratus ekor unta kurban yang dibawa Nabi SAW sewaktu keluar dari Madinah - disembelih Oleh Hazrat Ali ra. Kemudian Nabi SAW mencukur rambut dan menyelesaikan ibadah hajinya.

Kita...sebagai umat Baginda SAW Seharusnya Mengamalkan pesanan Baginda SAW, Dan Meninggalkan Segala Larangan Baginda SAW, Marilah kita semua mengucap Selawat Atas Nabi SAW dan Keluarga serta Sahabatnya.

Shalawat dan salam dilimpahkan Tuhan Atas nabi Muhammad pesuruh Allah Shalawat dan salam dilimpahkan Tuhan Atas nabi Muhammad kekasih Allah.

Read More......

Friday, March 28, 2008

Mengenal Diri Sendiri sebagai kunci untuk mengenal ALLAH S.W.T.

Sebagaimana yang diketahui,bahawa ajaran Ahwal (suatu perolehan dengan kurnia) dan maqamat (suatu perolehan dengan usaha) yang semuanya itu ditujukan untuk memperbaiki akhlak. Sedang tujuan perbaiki akhlak adalah untuk membersihkan qalbu yang berarti mengosongkan dari sifat sifat yang tercela (TAKHALLI) kemudian mengisinya dengan sifat sifat yang terpuji (TAHALLI) yang selanjutnya beroleh kenyataan Tuhan (TAJALLI).
Dengan demikian maka dapatlah difahamkan bahawa jalan untuk mengenal ALLAH ,tidak dapat ditempuh dengan sekaligus,tetapi adalah sesuai dengan peribadi masing masing iaitu harus ditempuh secara bertingkat tingkat.Pada tingkat untuk memasuki Ilmu Hakekat dan Ilmu Ma'rifat,berarti memasuki suatu jalan pengetahuan yang bertujuan untuk mengenal sesuatu itu dengan cara bersungguh sungguh,bahawa siapakah manusia itu,siapakah yang menjadikannya dan siapakah yang menciptakan sekalian itu. Ilmu Tasawwuf meringkaskan jalan pengetahuan ini dengan berdasarkan sabda Rasulullah SAW yang bermaksud ''Barang siapa yang mengenal dirinya, niscaya ia akan mengenal Tuhannya.''

MENGENAL DIRI SENDIRI

Langkah pertama untuk mengenal diri sendiri ialah dengan mengetahui bahawa diri itu tersusun dari bentuk-bentuk lahir (yang disebut badan atau jasad) dan bentuk-bentuk bathin (yang disebut qalbu atau jiwa). Yang dimaksudkan dengan Qalbu itu bukanlah yang berupa segumpal daging yang berada disebelah kiri badan di bawah susu (yang dikatakan jantung). Tetapi dialah Roh suci dan berpengaruh di dalam tubuh dan dialah yang mengatur jasmani dan segenap anggota badan. Dialah Hakikat Insan Allah (yang dinamakan diri yang sebenarnya diri). Dialah yang bertanggung jawab dan dialah yang dipuji atau diseksa oleh Allah SWT.

Untuk meneliti dan mengenal diri sendiri itu, maka jasad dapat dimisalkan sebagai suatu kerajaan. Dan roh sebagai Rajanya yang berkuasa dan dialah yang mengatur jasmani. Jasmani adalah sebagai suatu Kerajaan dalam bentuk Alamuasyahadah atau Alam Nyata. Seluruh badan jasmani akan hancur binasa setelah mati, tetapi hakikat Roh dan jiwa tidak akan mati, ia tetap tinggal dalam Ilmu Allah. Dan Rohani / Jiwa adalah sebagai Raja dalam bentuk Alam Ghaib, maksudnya bahawa Roh / Jiwa itu adalah ghaib, keadaannya tidak terpisah-pisah, tidak terbatas oleh waktu dan ruang, tidak tentu tempatnya dalam sesuatu bahagian tubuh, oleh kerana itu maka setiap manusia adalah merupakan pemerintah di atas kerajaan kecil didalam dirinya sendiri. Sungguh benar sekali istilah yang menyebutkan bahawa ''Manusia itu adalah mikromos'' atau dunia kecil dalam dirinya sendiri.

Sebahagian orang berpendapat bahawa hakekat Qalbu atau Roh itu dapat dicapai dengan cara memejamkan kedua matanya serta melupakan segala yang ada di sekitarnya, kecuali peribadinya. Dengan cara begitu akan dapat juga kilauan dari alam abadi kepada peribadinya (dalam mengenal dirinya). Tetapi bagaimanapun juga segala pertanyaan yang mendalam tentang hakikat Roh yang sesungguhnya, adalah tidak diizinkan oleh Allah Yang Maha Esa. Didalam Quran Allah berfirman: ''Mereka itu bertanya kepada Engkau Muhammad, tentang Roh, katakanlah bahawa Roh itu urusan Tuhanku, tidak kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit saja'' .(S. Isra 85) . Apabila seseorang bertafakur atas dirinya sendiri, maka ia akan dapat mengetahui bahawa dirinya itu pada masa dahulunya, ''tidaknya pernah ada''. Firman Allah: ''Tidaklah manusia itu ingat bahawa kami menjadikannya dahulunya sedang ia belum ada suatu apapun''. Kemudian manusia itu akan mengetahui bahawa ia sebenarnya dijadikan dari setitis air (mani) yang tidak mempunyai akal sedikitpun, tidak mempunyai pendengaran, penglihatan, kaki, tangan, kepala dan sebagainya. Dari sinilah manusia akan mengetahui dengan terang dan nyata, bahawa tingkat kesempurnaan yang ia dapat capai bukanlah ia yang membuatnya, kerana sehelai rambut pun manusia itu tidak akan sanggup membuatnya.

Dengan jalan memikirkan hal tersebut diatas maka manusia itu dapat menemukan dirinya di dalam kejadian yang sangat kecil bila dibandingkan dengan Kekuasaan dan Kasih-Sayangnya Tuhan yang menjadikannya. Dan apabila manusia itu berfikir jauh maka ternyata didalam kehidupan ia memerlukan berbagai macam keperluan seperti makanan, pakaian, perumahan dan sebagainya ,yang kesemuanya itu telah tersedia lengkap didalam muka bumi ini. Disini manusia akan menjadi sedar akan sifat Rahman dan Rahimnya Allah yang begitu besar dan luasnya. Demikianlah alam dunia yang diciptakan Allah penuh dengan keajaiban keajaiban. Rangka jasad adalah bukti Kekuasaan dan KebijaksanaanNya dan penuh pula dengan berbagai-bagai alat kelengkapan yang dibuatNya sebagai tanda Kasih Sayang-Nya, pada keperluan hidup manusia, maka oleh kerana itu manusia akan mengetahui bahawa Allah itu ''ADA''. Oleh kerana itu benar-benar bahawa dengan penelitian dan pengenalan diri sendiri akan menjadi kunci bagi pengenalan Allah.

MENGENAL ALLAH

Bahagian yang penting dalam mengenal ALLAH, datangnya dari perbuatan perbuatan kita bagi mempelajari dan meneliti serta memikirkan diri sendiri, yang memberikan kepada kita kekuatan,kepandaian dan mencintai ciptaanNya. Sifat sifat manusia, bukan hanya menjadi gambaran dari sifat sifat ALLAH, tetapi juga ragam adanya jiwa manusia membawa keinsafan kepada pengertian adanya ALLAH. Maksudnya bahawa kedua duanya iaitu ALLAH dan ROH adalah ghaib, tidak terpisah, tidak terbilang, tidak berupa, tidak berbentuk, tidak berwarna dan tidak berukuran.

Manusia mendapat kesukaran dalam menerima gambaran tersebut, Tetapi kesukaran kesukaran itu sememangnya dirasakan oleh fikiran kita setiap masa seperti perasaan marah,sakit ,gembira dan cinta.Hal ini merupakan faham fikiran dan tidak dapat diketahui oleh otak kerana disebebkan oleh bentuk-dan ukurannya. Seperti halnya, telinga tidak dapat mengenal warna, mata tidak dapat mengenal suara dan begitu pula dalam mengertikan kenyataan kenyataan pokok yakni Tuhan dan Roh, Kita sendiri hanya dapat sampai pada batas batas yang dapat dicapai oleh akal fikiran dan selebihnya akal fikiran kita tidak sanggup lagi memikirkannya sebegitu jauh. Betapapun juga ,kita dapat melihat bahawa ALLAH itulah yang mengatur alam semesta dan Dia adalah tidak mengenal ruang dan waktu, tidak mengenal bentuk dan ukuran, yang memerintah segenap perkara demikian keadaannya.Sebagaimana yang telah dihuraikan,, ''ROH'' tidak mempunyai tempat tertentu dalam sesuatu bahagian badan, tidak terpisah pisah,tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi ia memerintah "JASAD". Demekianlah ALLAH, tidak mengenal ruang dan masa,tidak mengenal bentuk dan ukuran tetapi DIA memerintah Alam Semesta. Itulah Tuhan Yang Esa,Maha Kuasa,Maha Besar dan Maha Agung.

Demikianlah antara lain terjemahan dari kitab ''KimyauSaadah'' oleh Al Ghazali.





Read More......

Thursday, March 27, 2008

Dari Syaikh Abdul Kadir Al Jailani r.a.

''Berpalinglah dari Allah s.w.t ketika turunnya takdir adalah kematian agama, kematian tauhid, kematian tawakkal dan kematian keikhlasan. Hati orang mu'min itu tidak mengetahui, mengapa dan bagaimana tidak mengetahui, bahkan seharusnya ia mengatakan ''Seluruh nafsu itu diselisihi dan dilawan, '' maka barangsiapa yang mahu memperbaiki hendaklah ia memeranginya sehingga ia aman dari keburukan nafsu kerana seluruh nafsu itu buruk. Namun apabila nafsu itu diperangi dan tenang maka seluruh nafsu menjadi baik, menjadi elok dalam seluruh ketaatan dan dalam meninggalkan seluruh kemaksiatan. Ketika itu maka diucapkan baginya: Ertinya: ''Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.'' (Al-Fajr: 28-29)

Nafsu itu dapat meningkat, hilang keburukannya dan tidak berhubungan dengan makhluq. Sah untuk dinisbatkan kepada ayahnya Ibrahim a.s dimana beliau telah keluar dari hawa nafsunya dan hidup tanpa ada hawa nafsu yang mengalir, sedang hatinya tenang, telah datang kepadanya bermacam-macam makhluk dan menawarkan pertolongan kepadanya. Beliau menjawab: ''Saya tidak inggin pertolonganmu sekalian, Dia (Allah) mengetahui keadaanku, dimana Dia tidak perlu untuk bertanya kepadaku'' kerana benar penyerahan dan tawakkalnya, maka dikatakan kepada api: Ertinya: ''Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim.'' (A-Anbiya': 69)

Allah s.w.t memberi pertolongan bagi orang yang sabar di dunia tanpa batas dan Dia memberi kenikmatan kepadanya di akhirat tanpa batas. Allah Ta'ala berfirman: Ertinya: ''Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.'' (Az-Zumar: 10)

Tidak samar atas Allah, sesuatu yang ditanggung oleh orang-orang yang menanggung kerana-Nya, bersabarlah sesaat bersama-Nya, dan anda sekalian akan melihat kelemah-lembutan-Nya dan Dia pasti memberikan kenikmatan bertahun-tahun. Keberanian adalah sabar sesaat. Ertinya: ''Sesungguhnya Allah bersama mereka yang sabar.'' (Al-Baqarah: 152)

Bersabarlah bersama-Nya, jagalah untukNya dan jangan lalai kepada-Nya. Janganlah kamu jaga setelah mati, kerana jaga pada waktu itu tidak bermanfaat lagi bagimu. Jagalah untuk-Nya sebelum bertemu dengannya dengan-Nya, dan perbaikilah hatimu kerana apabila hati itu baik maka baiklah seluruh keadaanmu. Oleh kerana itu Nabi s.a.w. bersabda: Ertinya: ''Di dalam diri anak Adam (manusia) terdapat segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila segumpal darah itu rosak maka rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah itulah hati.'' Baiknya hati itu dengan taqwa dan tawakkal kepada Allah s.w.t., mengesakan-Nya dan ikhlas dalam beramal, sedangkan rosaknya hati adalah dengan tidak adanya hal-hal yang tersebut. Hati adalah seperti burung di dalam sangkar. Yang diperhitungkan burungnya bukan sangkarnya.

Ya Allah, sibukkanlah anggota-anggota badan kami dengan taat kepada-Mu dan hati kami dengan makrifat kepada-Mu. Dan sibukkanlah kami sepanjang hidup kami, siang dan malam dan susulkanlah kami kepada orang-orang yang soleh yang terdahulu, Berikanlah kami rezeki seperti apa yang Engkau rezekikan kepada mereka dan jadilah Engkau bagi kami sebagaimana Engkau berbuat kepada mereka, amin.

Wahai kaumku, jadilah kamu bagi Allah s.w.t. sebagaimana orang-orang soleh berbuat kepada-Nya sehingga Allah akan berbuat kepada-Mu sebagaimana Dia berbuat kepada mereka. Jika kamu menginginkan Allah s.w.t. bagimu maka sibuklah dengan mentaati-Nya dan sabar bersama-Nya serta redha kepada perbuatan-perbuatan-Nya terhadap dirimu dan selain kamu. Kaum ( yang Saleh itu ) zuhud terhadap dunia dan mengambil bahagian keduniaan mereka dengan tangan taqwa dan warak. Kemudian mereka menuntut akhirat dan beramal dengan amalan akhirat, mereka durhakai hawa nafsu mereka, dan mentaati Tuhan mereka 'Allah s.w.t. serta mereka nasihat diri mereka sendiri kemudian diri orang lain.

Wahai anak, nasihatilah dirimu sendiri kemudian nasihatilah orang lain. Atas tanggunganmulah kekhususan dirimu, janganlah kamu melampaui orang lain sedangkan di dalam dirimu masih ada sisa yang perlu untuk deperbaiki. Celaka kami di mana kamu mengetahui bagaimana untuk menyelamatkan orang lain sedangkan kamu itu buta, bagaimanakah kamu menyelamatkan orang lain? Yang menyelamatkan manusia adalah orang yang melihat. Yang dapat menyelamatkan mereka dari lautan adalah perenang yang terpuji. Yang dapat membawa kepada Allah s.w.t. hanyalah orang yang ma'rifat kepada-Nya. Adapun orang yang bodoh mengenai Dia maka bagaimanakah ia dapat menunjukkan atas-Nya? Kamu tidak mempunyai perkataan mengenai tindakan Allah s.w.t., kecintaan dan amal serta takut kepada-Nya bukan selain-Nya. Ini adalah dengan hati, bukan dengan gerakan lidah. Ini ada di dalam kesunyian dan tidak di dalam keramaian. Apabila tauhid ada di pintu rumah dan syirik ada di dalam rumah maka itu adalah nifaq. Celakalah kamu di mana lidahmu bertaqwa sedang hatimu berbuat kejahatan, lidahmu bersyukur sedangkan hatimu berpaling. Allah s.w.t. berfirman: Ertinya: "Wahai anak adam (manusia), kebaikan-Ku itu turun kepadamu sedangkan keburukanmu itu naik kepadaKu.''

Celakalah kamu di mana kamu mengaku bahawa kamu menyembah-Nya padahal kamu mentaat lain-Nya. Seandainya kamu benar-benar hamba-Nya nescaya kamu bermusuhan untuk-Nya dan berkasih kerana-Nya. Orang mukmin yang yakin adalah tidak mentaati dirinya, syaitannya dan hawa nafsunya. Apabila ia dapat menghasilkan akhirat maka ia meninggalkannya dan ia meyambung tuanya Allah s.w.t. Ia ikhlas dalam ibadah kepada-Nya pada seluruh waktunya. Ia mendengar firman Allah s.w.t. : Ertinya: ''Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dengan lurus.'' (Al-Bayyinah: 5)

Tinggalkanlah syirik kamu dan Esakanlah Allah s.w.t., Dialah yang menciptakan segala sesuatu, dan segala sesuatu di tangan-Nya (kekuasaan-Nya). Wahai orang yang menuntut segala sesuatu dari selain-Nya, kamu adalah orang yang tidak berakal. Apakah ada sesuatu yang tidak terdapat di dalam perbendaharaan Allah s.w.t.. Allah berfirman: Ertinya: ''Dan tidak ada sesuatupun melainkan pada sisi Kamilah khazanahnya.'' (Al-Hijr: 21)

Wahai anak,
tidurlah di bawah aliran takdir, berbantal dengan kesabaran, setujuilah takdir, dan beribadah dengan menunggu kelapangan. Apabila kamu demikian maka akan berlimpah apa yang ditakdirkan dari kurnia dan anugerah-Nya sesuatu yang tidak baik kamu meminta dan mencita-citakannya.

Wahai kaumku, setujuilah takdir dan terimalah dari Abdul Qadir yang bersungguh-sungguh dalam menyetujui takdir. Kesetujuan saya kepada takdir itu menghantarkan saya kepada Dzat Yang Maha Kuasa.

Wahai kaumku, marilah kita merendahkan diri kepada Allah s.w.t., kepada takdir dan perbuatan-Nya. Dan kita tundukkan zahir dan batin kita, kita setujui takdirr dan kita jalaninya kerana takdir adalah utusan Maha Raja maka kita muliakan kerana Dzat yang mengutusnya. Apabila kita lakukan hal itu bersama-Nya maka kita dibawanya kepada Yang Maha Kuasa: Ertinya: ''Di sana pertolongan itu hanya dari Allah Yang Hak.'' (Al-Kahfi: 44)

Kamu mendapat minuman dari lautan ilmu-Nya, makanan dari deretan kurnia-Nya, merasa senang dengan kesenangan-Nya dan mendapat liputan rahmat-Nya. Ini adalah untuk seorang dari setiap satu juta orang dari seluruh marga dan suku.

Wahai anak, hendaklah kamu bertakwa, hendaklah kamu memegangi batas-batas Syara', menyelisihi hawa nafsu, syaitan dan teman-teman keburukan. Seorang mukmin dalam memerangi hal itu kepalanya tidak terbuka dari topi baja, pedangnya tidak disarungkan, dan punggung kudanya tidak lepas pelananya. Ia tidur seperti tidurnya kaum, maka seperti umumnya makan mereka, sedikit perkataan dan terpaksa membisu. Yang membuatnya berbicara adalah takdir perbuatan Allah. Dia gerakkan pembicaraan mereka di dunia sebagaimana Allah s.w.t. membuat setiap yang berbicara itu dapat berbicara dan akan membuat anggota-anggota badan itu berbicara esok pada hari Kiamat, sebagaimana Dia akan membuat benda-benda padu itu berbicara. Dia siapkan baginya sebab-sebab berbicara maka seluruhnya itu berbicara. Apabila Dia menghendaki mereka untuk suatu urusan maka Dia siapkan bagi mereka urusan itu. Dia menghendaki untuk meyampaikan peringatan dan khabar gembira dengan mengalahkan hujah mereka maka Dia jadikan para Nabi dan para Rasul itu berbicara. Ketika Allah s.w.t. mewafatkan para Nabi dan Rasul maka Dia tegakkan Ulama untuk menunaikan tugas mereka, lalu Dia jadikan mereka berbicara dengan pembicaraan untuk memperbaiki makhluk, sebagai ganti mereka. Nabi s.a.w bersabda: Ertinya: ''Ulama itu adalah pewaris para Nabi.''

Wahai kaumku,
bersyukurlah kepada Allah s.w.t. atas nikmat-nikmat-Nya. Dia berfirman: Ertinya: ''Dan apa saja nikmat yang ada pada kamu, maka dari Allahlah (datangnya).'' (An-Nahl: 53)

Di manakah Syukur itu wahai orang-orang yang menerima nikmat-nikmat-Nya? Wahai orang yang melihat nikmat-Nya itu dari selain-Nya, sesekali kamu melihat nikmat-nikmat-Nya dari selain-Nya, sesekali kamu menganggapnya sedikit dan kamu menunggu kepada apa yang tidak untukmu dan sesekali kamu menggunakannya untuk maksiat kepada Allah s.w.t.

Wahai anak, dalam khalwatmu kamu memerlukan kewarakan yang mengeluarkan kamu dari maksiat-maksiat, ketergelinciran-ketergelinciran dan pengawasan yang mengingatkan kamu akan pandangan Allah s.w.t. kepadamu. Kamu sangat memerlukan hal ini di dalam khalwatmu, kemudian kamu memerlukan kepada pemerangan hawa nafsu dan syaitan. Runtuhnya kebanyakan manusia kerana tergelincir, runtuhnya orang-orang yang zuhud kerana syahwat, runtuhnya badal kerana fikiran dan lintasan hati dalam khalwat, dan runtuhnya orang-orang yang jujur dalam hal-hal yang sekejap. Mereka disibukkan oleh penjagaan hati kerana mereka tidur di pintu Raja, mereka menempati di maqam (tempat) dakwah, Mereka mengajak hati, dengan mengatakan "wahai hati, wahai ruh, wahai manusia, wahai jin dan wahai orang-orang yang menginginkan Maha Raja, marilah ke pintu Maha Raja bersegeralah kepada-Nya dengan telapak kaki hatimu, telapak kaki takwamu, tauhidmu, makfiratmu dan warakmu yang tinggi dan zuhud di dunia, dan akhirat dan apa yang selain Tuhan. Inilah kesibukan kaum itu, cita-cita mereka memperbaiki makhluk, cita-cita mereka mencukup langit dan bumi dari ' Arsy sampai tanah.''

Wahai anak,
tinggalkanlah hawa nafsumu, jadilah tanah di bawah telapak kaki kaum itu, debu di muka mereka. Allah s.w.t. mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup. Dia mengeluarkan Ibrahim a.s. dari kedua orang tuanya yang mati dengan kafir sedang orang mukmin itu hidup dan orang kafir itu mati. Orang yang mengesakan Allah s.w.t. itu hidup sedang orang yang mensekutukan (musyrik) itu mati. Oleh kerana itu Allah s.w.t. berfirman dalam sebahagian firman-Nya: Ertinya: ''Yang pertama mati dari makhluk-Ku adalah Iblis.'' Yakni Iblis itu durhaka kepada-Ku, maka dia mati dengan kemaksiatan. Zaman ini adalah zaman akhir, telah nyata pasar nifaq dan pasar dusta. Jaganlah kamu duduk bersama orang-orang munafik yang dusta lagi pembohong. Celakalah kamu, hai nafsu yang munafik, dusta, kafir, berbuat jahat, maka bagaimanakah kamu duduk bersamanya? Selisihilah (lawanlah) nafsu itu dan janganlah kamu menyetujuinya namun janganlah kamu mencerainya. Tahanlah nafsu itu dan perlakukan haknya yang mesti untuknya. Paksalah ia dengan perjuangan-perjuangan. Adapun hawa nafsu maka naikilah dan jangan kamu biarkan ia menaiki kamu. Sedangkan naluri maka janganlah kamu temani kerana naluri itu anak kecil yang tidak berakal, bagaimanakah kamu belajar dari si kecil dan kamu menerima daripadanya? Syaitan adalah musuhmu dan musuh ayahmu Adam a.s. maka bagaimanakah kamu tenang kepadanya dan menerima daripadanya sedangkan antara kamu dan dia terdapat darah permusuhan sejak dahulu kala yang mana kamu tidak aman daripadanya kerana ia telah memerangi ayah dan ibumu ( Adam dan Hawa ). Apabila kamu memberi kesempatan kepadanya maka dia akan membunuhmu seperti dia telah membunuh keduanya (Adam dan Hawa), jadikanlah takwa sebagai pedangmu, mentauhidkan Allah, takut kepada-Nya, warak dalam khalwat, jujur dan mohon pertolongan kepada Allah s.w.t. sebagai bala tenteramu. Senjata dan bala tentera inilah yang mengalahkannya, menghancurkan dan memporak perandakan bala tenteranya. Bagaimanakah kamu tidak dapat mengalahkannya sedangkan kebenaran bersamamu?


Wahai anak,
janganlah kamu bersama dengan hawa nafsu, tidak dengan dunia dan tidak dengan akhirat dan jangan kamu ikuti selain dari-Nya (semua rusak binasa). Ketika itu datanglah petunjuk dari Allah s.w.t. yang tidak ada kesesatan sesudahnya. Bertaubatlah dari dosa Maha Besar. Apabila kamu bertaubat maka hendaklah zahir dan batinmu itu bertaubat pula. Lepaskanlah pakaian maksiat dengan taubat yang murni. Malu kepada Allah s.w.t. adalah hakikat (kenyataan yang sebenarnya) bukan kiasan. Ini termasuk perbuatan hati setelah sucinya anggota-anggota badan dengan amal-amal syara.' Orang yang membalik itu mempunyai tugas dan hati juga mempunyai tugas. Hati, apabila telah keluar tempat sebab-sebab dan berhubungan dengan makhluk maka ia mengharungi samudera tawakkal, ma'rifat kepada Allah s.w.t. meninggalkan sebab dan menuntut (mencari) Dzat yang membuat sebab. Apabila ia telah di tengah samudera ini, ia akan berkata: Ertinya: ''( Iaitu Tuhan ) yang telah menciptakan aku, maka Dialah yang memimpinku.'' (Asy-Syu'ara': 78)

Dia memberi petunjuk (pemimpin) dari pantai yang satu ke pantai yang lain, dari tempat yang satu ke tempat yang lain sehingga ia berhenti di jalan yang lurus. Setiap kali ia inggat Tuhannya maka jelaslah jalannya dan terbukalah (hilanglah) keraguan daripadanya. Hati orang yang menuntut (mencari) Allah s.w.t. adalah menempuh jarak dan meninggalkan segala sesuatu di belakangnya. Apabila ia merasa takut pada sebahagian jalan dari kehancuran maka tampaklah keimanannya, lalu keimanan itu memberanikannya, maka padamlah api kegelisahan dan ketakutan. Dan datanglah gantinya cahaya kesenangan dengan dekat kepada Allah s.w.t.

Wahai anak, apabila penyakit datang kepadamu, maka hadapilah penyakit itu dengan tangan kesabaran dan tenanglah sehingga datang ubat. Apabila datang ubat maka hadapilah dengan tangan syukur. Apabila kamu ada di dalam keadaan ini maka kamu berada dalam kehidupan yang segera. Takut kepada mereka itu memutus hati orang-orang mu'min, memucatkan muka mereka dan menyusahkan hati mereka. Apabila hal ini menetap di hati mereka maka Allah s.w.t. menumpahkan air rahmat-Nya dan belas kasih-Nya pada hati mereka, dan Dia bukakan bagi hati mereka pintu-pintu akhirat lalu mereka melihat Keamanannya. Apabila mereka telah menetap, tenang dan senang sedikit maka Dia bukakan pintu Keagungan lalu Dia sibukkan hati dan rahsia mereka sedang ketakutan mereka lebih banyak daripada yang pertama. Apabila hal ini telah sempurna bagi mereka maka Dia bukakan pintu Keindahan bagi mereka maka mereka tinggal (menetap), tenang, jaga, dan menempati beberapa darjat, iaitu tingkatan yang diperoleh sedikit demi sedikit.

Wahai anak, janganlah cita-citamu itu pada apa yang kamu makan dan kamu minum, apa yang kamu pakai dan kamu nikah, apa yang kamu diami dan apa yang kamu kumpulkan. Seluruhnya ini adalah cita-cita nafsu dan naluri, dan di manakah cita-cita hati dan rahsia iaitu untuk mencari keredaan Allah s.w.t..? Nilai cita-citamu adalah apa yang menjadi cita-citamu. Maka hendaklah cita-citamu itu adalah Tuhanmu dan apa yang di sisi-Nya. Dunia mempunyai ganti iaitu akhirat, makhluk mempunyai ganti iaitu Pencipta makhluk (Khalik). Setiap kali kamu meninggalkan sesuatu dari dunia ini maka akan terdapat gantinya dan lebih baik daripada dunia di akhirat. Perkirakanlah bahawa sisa umurmu tinggal hari ini saja maka kamu siapkan untuk akhirat untuk menghadapi datangnya Malaikul Maut (Malaikat penyabut nyawa). Dunia adalah masakan bagi kaum dan akhirat adalah keramaian mereka. Apabila datang kecemburuan dari Allah s.w.t. maka terhalanglah antara mereka dan dunia, dan pembinaan itu ditempatkan pada tempat akhirat maka mereka tidak memerlukan kepada dunia dan tidak pula kepada akhirat.

Wahai pendusta, kamu cinta kepada Allah s.w.t. dalam nikmat dan apabila datang cubaan maka kamu lari seolah-olah Allah s.w.t. bukan kekasihmu. Jelasnya hamba itu hanya ketika diuji. Jika datang cubaan-cubaan dari Allah s.w.t. sedangkan kamu itu tabah maka kamu adalah orang yang mencintai. Dan jika kamu berubah maka jelaslah kedustaan itu dan rosaklah yang pertama.

Datanglah seorang laki-laki kepada Nabi s.a.w., lalu ia berkata 'Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya mencintai engkau' maka beliau bersabda: Ertinya: ''Persiapkanlah jilbab (baju kurung) kerana kefakiran.'' Dan datang pula seorang laki-laki lain kepada Baginda Nabi s.a.w. lalu ia berkata 'Sesungguhnya saya cinta kepada Allah s.w.t. maka beliau bersabda: Ertinya: ''Ambillah jilbab (baju kurung) kerana cubaan.''

Cinta kepada Allah dan Rasulnya itu disertai dengan fakir dan cubaan. Oleh kerana itu sebahagian orang-orang soleh berkata 'diserahkan cubaan itu dengan kecintaan agar tidak ada dakwaan'. Jika tidak demikian maka setiap orang mendakwakan cinta kepada Allah s.w.t. Maka ketabahan terhadap cubaan dan kefakiran adalah sebagai perhatian atas kecintaan ini: Ertinya: ''Ya Tuhan kami, berilah kami kebikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka.'' (Al-Baqarah: 201)



Read More......

Wednesday, March 26, 2008

Mengapa kita tidak taat kepada Allah s.w.t.

Allah s.w.t. itu ada.....

Hakikat atau kenyataan itu tidak memerlukan lagi dalil atau penetapan..... sebab hakikat yang besar dengan adanya alam yang ujud ini serta Persatuannya dan yang diisyaratkan oleh adanya kehidupan dengan segala bentuk dan beraneka ragam putarannya, adalah merupakan hakikat dari adanya Allah s.w.t. Segala yang dikhayalkan oleh manusia tentang keAgungan Allah s.w.t. dan keKuasaan-Nya, walaupun bagaimana besar dia mengkhayalkan serta menggambarkan, sebenarnya Allah s.w.t. lebih besar dan lebih Agung daripada apa yang telah kita itikadkan dan kita sangka serta yang kita khayalkan..... Maka yang ujud sebagai yang kita lihat ini dan kehidupan yang kita saksikan ini, tidak dapat diambil kesimpulannya kecuali dengan kehendak Allah s.w.t., alam dan kehidupan ini dapat abadi selama masih ada kehendak Allah s.w.t.

Manusia sekalipun lama hidup dan panjang usianya, sebenarnya dia itu dalam rangka perjalanan keberangkatannya dan selama dia didunia ini, tidak boleh tidak dia harus mengalami perpindahan..... inilah keadaan kita..... awal perjalanannya adalah dunia..... dan akhir perjalanannya adalah kematian..... dimulai dengan kelahiran, demikian pula akan diakhiri dengan kelahiran..... pertama, kelahirannya di alam yang fana, lalu kelahiran yang kedua, iaitu di alam kehidupan yang kedua....., maka wajiblah kita beramal menurut kadar kehidupan..... kehidupan kita yang sekarang adalah fana, sedang kehidupan kita yang kedua adalah abadi..... Kerana itu barang siapa yang menjual kehidupan yang fana ini untuk membeli kehidupan yang abadi, sedangkan orang yang memilih kehidupan yang fana ini dan meninggalkan yang abadi, dia itulah yang merugi.....

Kehidupan dunia bukan saja merupakan jalan menuju kepada kehidupan yang kedua, tetapi dia juga merupakan ladang pertanian akhirat..... Sebab setiap ucapan dan amal perbuatan didalam kehidupan ini sebenarnya adalah tanaman untuk dirinya..... Adakah terdapat orang yang menginginkan untuk menanam duri bagi dirinya..... Alangkah mudahnya ucapan-ucapan yang baik di dunia ini dan ucapan-ucapan itu akan menjadi buah di akhirat..... Alangkah ringannya mengerjakan amal soleh di dunia ini, dan kelak akan menjadi buah yang berharga di alam kehidupan yang kedua..... Sebenarnya manusia itu akan hidup sesudah alam ini di dalam tengah-tengah ucapan-ucapannya, yang baik mahupun yang buruk dan didalam bayangan amal perbuatannya yang baik mahupun yang jahat.....

Dikala manusia mencurahkan jasadnya, menajamkan hatinya dan memanfaatkan umurnya untuk perjuangan hidup di dalam kehidupan yang fana ini, yang sebenarnya hal itu bukan merupakan tujuan akhir, bahkan secara pasti merupakan hal yang akan menyusahkannya untuk selama-lama sehingga tidak ada harta benda yang akan dibawa, tidak ada anak yang akan membalasnya sebagai ganti..... tidak ada kawan karib yang akan menemani didalam perjalanannya..... dan tidak ada kekasih yang akan menyelimutinya dikala tidur..... tahukah anda, bagaimanakah seharusnya persiapan manusia itu didalam perjalanan menuju ke kehidupan yang abadi?..... atas perbuatan-perbuatan yang akan dibawa buahnya..... dan yang bekas-bekasnya selalu akan menjadi petunjuk.....

Bahawasanya manusia sewaktu akan keberangkatannya..... yang manapun jua..... seharusnya dia mempersiapkan bekalannya, bersungguh-sungguh didalam mempersiapkannya, menjaga keamanan dalam perjalanannya dan selalu dalam persiapan dan persediaan sampai datang waktunya..... di waktu telah dekat dengan apa yang telah dijanjikan, sewaktu kebimbangan dan kesungguhan telah dilakukan lebih daripada cukup sehingga dia merasa tenang kerana telah mempersiapkan segala persiapannya dan kerana dia telah bersedia dengan segala yang dapat meringankan perjalanannya; dia terpaksa mengadakan persiapan itu kerana dia menggambarkan, bahawa perjalanan yang bakal ditempuhnya itu sebagai perjalanan yang sangat sulit..... dengan demikian, dia masih juga mengkhuatirkan keluarganya, anak-anaknya; dia bimbang tentang orang yang dapat dipercayai untuk diserahkan tanggungjawab para keluarganya sewaktu dia sudah tidak ada dan untuk selalu mengawasi dan melindungi mereka dari setiap musibah serta memenuhi keperluan-keperluan mereka..... dan juga untuk mengadakan seluruh saranan-saranan yang dapat memelihara harta bendanya dan menjaga kebaikan perbuatan mereka..... sehingga menentukan pengganti dan menggariskan jalannya..... serta meninggalkan petunjuk-petunjuk..... demikianlah setiap manusia bersiap sedia untuk berangkat.

Tahukah anda..... apakah diantara manusia itu telah memikirkan..... didalam kewajipan-kewajipan untuk keberangkatannya yang belum diketahui..... dimana manusia hanya berjalan satu kali sahaja..... tidak ada orang bepergian lalu kembali..... untuk menceritakan apa yang dia jumpai..... yang seharusnya setiap manusia akan melaluinya.....

Apakah sudah disiapkan perbekalannya?..... Apakah ia bersungguh-sungguh didalam persiapannya..... Apakah dia sudah merasa tenang dengan keselamatannya didalam perjalanan?..... dan apakah dengan sungguh-sungguh didalam mencari kawan?..... Apakah anda melihat, bahawa hal itu termasuk yang sulit?..... Ataukah itu termasuk yang mudah?..... Bagaimana jalannya?.....

Sebenarnya perbekalan didalam perjalanan adalah ''Takwa", kerana Allah s.w.t telah berfirman: ''Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa''. (Al-Baqarah : 197)

Dan sebenarnya jalan menuju keselamatan dan kebahagiaan adalah ''Taat'', kepada Allah, sebagaimana firman-Nya: ''Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar''. (Al-Ahzab : 71)

Mengapakah kita tidak taat kepada Allah s.w.t......

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan alam yang ujud ini beserta segala yang dikandungnya dengan Kekuasaan dan Kebesaran-Nya dengan tidak bersertakan seorang pun dari makhluk-Nya. Kita tidak dapat mengerti kecuali Allah s.w.t. sendiri, bagaimana cara menciptakannya dan apakah bahan-bahannya dan darimana didapatkan bahan-bahan itu..... dan bagaimana boleh ada bahan-bahan tersebut..... sedang manusia itu sendiri merupakan salah satu dari kesatuan ciptaan Allah s.w.t. ..... dan dia juga yang paling sedikit dari kesatuannya, kalau tidak dikatakan yang paling kecil jika dibandingkan dengan keadaan bintang-bintang dan planet-planet dan keadaan alam yang belum dapat kita ketahui dan tidak akan sampai untuk membuka rahsia dari ciptaan dirinya sendiri.....

Maka telah diketahui, bahawa dirinya diciptakan dari beberapa unsur yang telah ditetukan kadarnya..... dan Roh yang masih bersimpang siur pendapat tentang hakikatnya, lalu dibahas, disangka, dikhayal kemudian diambil ketetapannya..... tetapi apakah manusia yang jisimnya terdiri dari benda-benda atau bahan-bahan yang telah kita ketahui unsur-unsurnya itu dan Roh yang bersemayam didalamnya dan sesudah itu tidak diketahui hakikatnya?..... Apakah kecerdasan itu? ..... dan apakah ingatan itu? ..... dan apakah akal itu ..... dan apakah perasaan itu? ..... apakah semua itu merupakan benda-benda yang diciptakan dan berujud didalam tubuh yang dimungkinkan untuk kita gerayangi atau kita batasi? ..... ataukah semua itu merupakan nama-nama sangkaan yang tak ada ujudnya? ..... dan dimanakah semua itu ditetapkan? ..... dan bagaimana bentuknya? ..... Bahawasanya hal-hal yang majhul didalam tubuh manusia itu adalah banyak serta mendalam dan rahsia-rahsianya ini tidak akan dapat mengetahuinya kecuali Allah s.w.t. sendiri, Dialah yang menciptakan alat-alat yang halus, yang menghairankan dan yang penuh dengan kerahsiaan.....

Apakah kita tidak taat kepada Allah s.w.t. .....

Seorang pesakit yang memerlukan rawatan dari seorang doktor, semestinya mentaati petunjuk-petunjuknya dengan harapan untuk dapat segera sembuh. Kerana kita percaya, bahawa dia mengerti akan penyakit dan ubatnya. Mengapa kita tidak mentaati Allah s.w.t. yang menciptakan manusia dan yang menciptakan ilmu kedoktoran serta yang memberi ilham tentang ubat-ubat..... Apakah tidak seharusnya kita mentaatinya secara buta? (tanpa banyak pertanyaan)? ..... sebab kemaslahatan manusia didalam soal hidup dan matinya..... dunia dan akhiratnya, adalah terletak didalam mentaati Allah s.w.t. ..... yang telah mengetahui lalu menciptakan..... dan yang telah mengetahui lalu memerintahkan..... mangapa kita tidak mentaatinya? ..... kecuali jika kita sudah benar-benar menghendaki kerugian dan kehancuran..... maka mentaati Allah s.w.t. merupakan satu hal yang tidak boleh tidak..... dan tidak dapat dihindari, akal, logik dan ilmu pengetahuan telah mengganggap wajib untuk mentaatiNya.


Mengapa kita tidak taat kepada Allah s.w.t.

Bahawasanya taat kepada Allah s.w.t. yang menyebabkan berdirinya kehidupan. Bahkan berdasarkan ata ketaatan itu juga berlangsunhlah keadaan alam ini, yang kita ketahui dari wujudnya, tidak ada suatu yang mengaturnya kecuali hanya kerana adanya ketaatan. Allah s.w.t. memerintahkan kepada kita untuk mentaatiNya tidak lain kerana didalam ketaatan itu terkandung kebaikan-kebaikan bagi hambanya didunia mahupun di akhirat. Orang yang tidak memenuhi panggilanNya untuk bertaat, tidaklah mempengaruhi sama sekali terhadap kehidupan ini dan terhadap bumi. Dia hanya akan melihat akibat dari ketidak adanya ketaatan kelak di akhirat dan pada waktu itu dia akan merasa menyesal yang luar biasa, ia mengharapkan agar dapat melakukan taat kepada Allah s.w.t. ..... tetapi apakah ada gunanya harapan yang sudah terlambat itu?

Setelah kita mengetahui bahawa dengan ketaatan itu berdiri langkit dan bumi... dan dengan ketaatan itu pula terdapat kehidupan ini... serta dengan ketaatan itu pula kehidupan itu berlangsung terus sampai pada hari yang telah ditentukan... Hendaklah hal itu merupakan pelajaran... bahkan tidak lebih dari peringatan... Firman Allah s.w.t.: ''Yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya, Mereka itulah orang-0rang yang telah diberi Allah s.w.t. petunjuk dan mereka itulah orang yang mempunyai akal.'' (Az-Zumar: 18)

Bahawasanya Allah s.w.t. itu wujud... Maha Mendengar dan Maha Melihat... Dia melebihi dari apa yang kita sangka, lebih Besar dari apa yang telah kita khayalkan... lebih Agung menurut yang kita gambarkan... bahawa Dia itu tidak ada yang menandingiNya... bahawa Dia itulah Allah s.w.t. ... yang tak ada Tuhan yang patut kita sembah melainkan Allah s.w.t. sendiri.

Manusia... segala manusia berjalan dengan cepatnya dan segera sampai kepada alam kehidupan yang kedua... tidak akan dapat lari daripadanya. Dia didalam kehidupannya yang sekarang ini, mencuba untuk melupakan hakikat atau kenyataan ini... kerana dia takut mati... dia takut mati kerana dia mencintai hidup... kerana itu dia menolak kematiannya dengan segala kekuatannya semisal memperpanjang hidupnya dan mengambil kenikmatannya sekuasa mungkin... kejutan akan datang ketika umurnya yang terbatas itu telah habis... sempurnalah urusan yang telah digariskan... sewaktu di akhiratnya dia menjadi hancur... kerana untuk menghadapinya (akhirat) dia tidak mempunyai upaya sedikitpun... dan pula tidak mempunyai amal sedikitpun untuk mengisi hisab atau perhitungan.

Apakah jika manusia beriman, bahawa disebalik kematian itu ada kehidupan yang haq, dan bahawa manusia dengan sebab kematiannya itu bererti mengalami suatu peralihan dari kehidupan yang terbatas waktunya ke alam lain yang tidak terbatas waktunya... apakah dia itu akan takut mati?... dan apakah dia tidak beramal untuk kehidupannya yang kedua lebih baik dari beramal untuk kehidupannya yang pertama ?

Kalau manusia beriman, bahawa setiap ucapan... yang diucapkan oleh lisan... dan setiap amal perbuatan yang dilakukannya,,, tidak lain akan dicatat didalam pita angkasa... dan manusia akan berkehidupan didalam bayangan ucapan dan amal perbuatannya yang didengar dan dilihatnya sampai dihari pembalasan... pada hari dimana seluruh manusia sejak manusia pertama sampai dilipatnya langit dan bumi akan dikumpulkan... lalu diadakan perhitungan atas segala ucapan dan amal perbuatan dengan perhitungan yang cermat... tidak memandang keturunan... tidak ada perdebatan... tidak ada pangkat yang menolong... tidak ada anak dan harta benda, yang ada hanya hukum Allah s.w.t. yang adil, yang tidak ada Tuhan selain Allah s.w.t. ... sebaik-baik Hakim... ucapan yang haq... Maha Suci Allah... Tuhan semesta alam... tidakkah manusia merenungkan keadaannya... dan beristighfar atas segala ucapan yang telah lampau... dan menyesali atas segala perbuatannya yang telah lalu... kemudian menjadikan kehidupannya sebagai saranan kebahagian setelah kematiannya? Tidak ada jalan untuk itu semua kecuali hanya taat kepada Allah s.w.t. ...

Anda tahu, mulai bilakah kita akan memenuhi panggilan Allah?... Esok?... sudahkah tenang manusia menunggu sampai esok?... bahkan, apakah manusia itu dapat menanggung harinya sendiri?...

Hari ini... tiba-tiba... adakah manusia mengerti bilakah akan datang ajalnya? Maka hendaklah detik ini juga merupakan detik berhenti sejenak dan memikirkan... mengangan-angan dan merenung... sebab manusia tidak mengerti apakah dia akan menjumpai detik yang lain... ataukah dia mengerti bahawa detik yang sedang dialami ini sebagai detik yang terakhir.

Hendaklah manusia memandang kebelakang atas perbuatannya dimasa-masa yang silam, dan hendaklah beristighfar atas segala perbuatan dosa yang telah lalu dan hendaklah berjanji kepada Tuhan untuk mentaatiNya agar dengan demikian dia akan bersama-sama dengan orang-orang Mukmin yang beramal soleh, alangkah bahagianya mereka... mereka berada didalam kenikmatan sesudah kematiannya... balasan mereka kelak di akhirat sangat tinggi darjatnya. ''Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar (seruan) yang menyeru kepada iman, (iaitu) ''Berimanlah kamu kepada Tuhanmu'', maka kamipun beriman. Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbuat bakti. Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul Engkau. Dan janganlah Engkau hinakan kami di hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji.'' (Ali-Imran: 193-194)




Read More......

Tuesday, March 25, 2008

SURAH AL-IKHLAS FADHAIL

Bismillaahirrahmaanirrahim.....

Surah Al-Ikhlas:
QULHU ALLAHU AHAD. ALLAHUS SWAMAD. LAM YALID WALAM YUULAD. WALAM YAKUL LAHUU KUFUWWAN AHAD.

Sesiapa yang membaca atau mengamalkan setiap hari dengan membaca Surah Al-Ikhlas Sembanyak 200 kali dalam keadaan berwuduk Akan mendapat 9 Faedah:

Yang Pertama: Allah s.w.t. akan menutup 300 pintu azab, sebagai contoh: musuh/qahhar/fitnah

Yang Kedua: Allah s.w.t. akan membuka 300 pintu rahmat.

Yang Ketiga: 300 pintu rezeki akan terbuka- Allah s.w.t. akan memberi rezeki dengan ghaib tanpa sebarang perkerjaan.

Yang Keempat: Allah s.w.t. akan memberikan Ilmu daripada Ilmunya sendiri / memberikan sabar dari sabarnya sendiri / memberikan kefahaman dari kefahamannya sendiri.

Yang Kelima: Akan mendapat Pahala seperti menghatamkan Al-Quraan sebanyak 36 kali.

Yang Keenam: 50 Tahun Dosa akan diampunkan.

Yang Ketujuh: Allah s.w.t. akan memberikan 20 Mahligai di syurga, yang diperbuat daripada Zamarud, pada setiap mahligai mempunyai 70 000 pintu,

Yang Kelapan: mendapat pahala sembahyang 2000 rakaat.

Yang Terakhir Kesembilan: Apabila ia telah meningal Dunia, 110 000 Malaikat akan menghadiri didalam jenazahnya.

Read More......

Monday, March 24, 2008

Fadahail Kalimah TAUHID

Bismillaahirrahmaanirrahim.....

-Sesiapa yang membaca Kalimah TAUHID sebanyak 3 kali,selepas Solatnya, Allah s.w.t. akan memberikan pahala beribadat 1 tahun pada setiap 1rakaat Solatnya.

Ertinya:Mendapat Pahala Seseorang yang beribadat selama setahun, pada setiap rakaatnya, Seperti Solat Zohor 4 Rakaat, akan mendapat pahala sebanyak 4 tahun beribadat.

Read More......

Sunday, March 23, 2008

Doa Menghilangkan Kelemahan Iman Dan Keyakinan.

Bismillaahirrahmaanirrahim.....

-Sesiapa yang setiap hari membaca Ayatulkursi Sebanyak 41, maka Allah s.w.t. akan menghilangkan segala kelemahan iman dan keyakinannya.

Read More......

Saturday, March 22, 2008

Doa Peyembuh segala Penyakit

Bismillaahirrahmaanirrahim.....

-Sesiapa yang setiap hari mengamalkan Doa ini Sebanyak 41 kali yaitu: 'LA ILAAHA ILLAA ANTA SUBHAANAKA INNI KUNTU MINAZ-ZUALIMIIN', akan menghilangkan segala penyakit si pembaca, jikalau penyakitnya tidak sembuh, semua dosanya akan dihapuskan, dan jikalau ia meninggal Dunia ia akan Mati Syahid.

Read More......

Friday, March 21, 2008

Doa Mengelak 70 Penyakit

Bismillaahirrahmaanirrahim.....

Sesiapa yang membaca ''Ya Malik ''Ya Quddus selepas sembahyang Subuh sebanyak 11 kali, maka ia akan terhindar daripada 70 penyakit.

Read More......

Thursday, March 20, 2008

Doa Zikir Penyembuh Penyakit

Bismillaahirrahmaanirrahim.....

-Salah satu daripada Asmaul Husnah 99 Nama-Nama Allah s.w.t. yang Maha Agung. salah satu daripadanya ialah:

01. AS-SALAM (MAHA PEMBERI KESEJAHTERAAN ATAU KEAMANAN) : Dia ialah penyelamat hamba-hamba-Nya daripada segala mara bahaya dan rintangan. Dia juga yang memberi nikmat kepada para penghuni syurga.

-Sesiapa menyebut Nama ini iaitu: ''YA SALAM'' berulang kali Shingga 160 kali kepada orang yang sakit, akan membatu menyembuhkan penyakit yang dihidapi oleh pesakit.

02. AL-GHAFUR (MAHA PEMGAMPUN) ; ia mengampuni semua hamba-Nya.

-Sesiapa mendapat sakit kepala, demam, dan Berdukacita, lantas menyebut nama ini ''YA GHAFUR'' Berulang kali, akan sembuh daripada penyakit tersebut.

Read More......