Thursday, April 3, 2008

DOA PENDAHULUAN

Bismillaahir rahmaa nirrahim.....

''Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Jadikanlah Blogs ini Sebagai Hidayah Kepada Semua Umat Islam

''Ya Allah Jadikanlah Blogs ini Sebagai Hidayah Kepada Semua Umat Islam

''Ya Allah Jadikanlah Blogs ini Sebagai Hidayah Kepada Semua Umat Islam

''Ya Allah Berikanlah Taufiq dan Hidayah Kepadaku dan juga Kepada kedua Ibu dan bapaku semua kuluargaku dan semua pembaca Artikel ini iaitu semua Umat Baginda Saulaulahu 'alaihi wasalam.
Amiin Ya Rabbil'Alamin.

Read More......

Khutbah Terakhir Nabi Muhammad S.A.W.



Khutbah ini disampaikan pada 9hb.Zulhijah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Di Namira, sebuah desa sebelah timur 'Arafat, telah pula dipasang sebuah kemah buat Baginda Nabi s.a.w, atas permintaannya. Bila matahari sudah tergelincir, dimintanya untanya al-Qashwa, dan ia berangkat lagi sampai di perut wadi di bilangan ''Urana. Di tempat itulah manusia dipanggilnya, sambil ia masih di atas unta, dengan suara lantang; tapi sungguhpun begitu masih diulang oleh Rabi'a b. Umayya b. Khalaf. Setelah mengucapkan syukur dan puji kepada Allah s.w.t. dengan berhenti pada setiap anak kalimat ia berkata,

''Wahai manusia,
dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

''Wahai manusia,
sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah s.w.t. telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

''Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

''Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

''Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah 'Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kemu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahwa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

''Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMu...

Setelah sampai pada penutup kata-katanya itu ia berkata lagi:

''Ya Allah! Sudahkah kusampaikan?!''

Maka serentak dari segenap penjuru orang menjawab" ''Ya!''

Abu Bakar ketika mendengarkan ayat itu ia menangis, ia merasa, bahawa risalah Nabi SAW sudah selesai dan sudah dekat pula saatnya Nabi SAW hendak menghadap Tuhan.

Setelah meninggalkan Arafah malam itu Nabi SAW bermalam di Muzdalifa. Pagi-pagi ia bangun dan turun ke Masy'ar'l-Haram. Kemudian ia pergi ke Mina dan dalam perjalanan itu ia melemparkan batu-batu kerikil. Bila sudah sampai di kemah ia menyembelih 63 ekor unta, setiap seekor unta untuk satu tahun umurnya, dan yang selebihnya dari jumlah seratus ekor unta kurban yang dibawa Nabi SAW sewaktu keluar dari Madinah - disembelih Oleh Hazrat Ali ra. Kemudian Nabi SAW mencukur rambut dan menyelesaikan ibadah hajinya.

Kita...sebagai umat Baginda SAW Seharusnya Mengamalkan pesanan Baginda SAW, Dan Meninggalkan Segala Larangan Baginda SAW, Marilah kita semua mengucap Selawat Atas Nabi SAW dan Keluarga serta Sahabatnya.

Shalawat dan salam dilimpahkan Tuhan Atas nabi Muhammad pesuruh Allah Shalawat dan salam dilimpahkan Tuhan Atas nabi Muhammad kekasih Allah.

Read More......